boring - boring ( out takes )

Rabu, 6 Jun 2012

Celebrate birthday tok abah : )

assalammualaikum readers ! hm , lama jugak aku tak update blog . mesti hampa rindu aku kan ? hehe sekali sekala nak perasan sorang sorang . now berdasarkan title aku , hampa mesti tau kan aku nak story pasal sapa . hehe sebelum tu nak bagitau tok abah tu dalam bahasa sepanyol nya bermaksud tok wan . suka hati aku la nak panggil apa pon , haha . tok abah ni abah kepada mama ku yang tersayang . selamat hari ibu *tetiba .

 majlis ni sebenarnya bapak2 dan mak2 menakan aku yang plan . masa ni birthday tok abah lepas dah . tapi masa tu semua pakat sibuk , so tunda la majlis ni ke 25 jun 2012 . kami sambut birthday tok abah kat rumah paklang . ada BBQ , macam2 la . terliur aku dibuatnya .

Biasalah kalau suka perasan sorang sorang , gambar pun mesti macam syok sendiri . haha




comel kan cupcakes yang aku pegang ni . boboiboy pulak tu , hehe . masa ni takda la gelap tapi biasala handphone murah , picture quality macam ni la . haha . cupcakes ni ada dua jenis , satu lagi terlupa snap sebab aku lebih teruja dengan cupcakes yang ni . hoho . adik ipar maklang aku yang buat sendiri cupcakes ni , buat sendiri oo . sedapp kot , cake coklat memang rasa macam makan coklat saja . memang terbaikkk ! *nada boboi boy .




ni aku pegang dua2 cupcakes yang aku story tadi :)






Perasan tak tajuk celebrate birthday tok abah , tapi satu pon gambar tok abah takda . semuanya gambar aku , haha . bukan apa , memang tak sempat nak snap dengan tok abah . aku busy layan sepupu2 , haha . tak guna punya cucu . ala kejamnya ayat aku , huhu tok abah busy sembang sama so aku malas nak kacau . hoho . setakat ni ja la coretan aku , harap hampa yang baca tak bosan . hehe love u'ols , muah :-)



 leave your comment here ;)

Rabu, 23 Mei 2012

JUTAWAN MUDA INTERNET : IRFAN KHAIRI



Hello readers! haa cuba usya jejaka tampan sebelah aku tu , hehe kenal tak ? bagi sesapa yang tak kenal tu , ni lah jutawan muda IRFAN KHAIRI . Dia bergelar jutawan masa umur dia masih 20-an lagi . memang ohesmm laa ! gambar ni masa aku dengan parent aku join salah satu seminar irfan khairi ( secara percuma , haha ) dekat hotel cinta sayang , sungai petani . lebih kurang macam perjumpaan dengan dia la .




ni ada sedikit biodata pasal dia . Nama sebenarnya ialah Noor Irfan Khairi Noor Azmi . Dilahirkan pada 17 Disember 1976 . Setelah tamat pendidikan tinggi di United Kingdom , beliau berkhidmat dengan Netmedia (UK) Ltd . Birmingham sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet . Beliau memulakan perniagaan sambilan di Internet pada 1999 .

Selepas setahun beliau menumpukan kerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet . Dalam masa tiga tahun beliau memperoleh untung bersih RM1 juta daripada modal awal RM500 ketika berusia 25 tahun . Beliau menulis buku , Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar atau Secrets of Internet Millionaires Revealed buku pertama Malaysia dilancarkan di Oxford , UK . Pada 2006 beliau menerima anugerah Young Innovation Award dari Oxford Association of Management , UK . Di samping menjadi kolumnis beberapa majalah tempatan , beliau mengendalikan seminar dan ceramah .

Bagi aku dia ni memang merendah diri sangat pastu tak kedekut ilmu langsung sebab aku biasa sembang dengan dia face to face . ayah aku minta nasihat untuk bisnes yang aku aku buat . cara dia cakap sopan dan lembut ja , hu3 . Irfan khairi memang patut dijadikan contoh untuk remaja sekarang .

Sesapa yang tak tahu , dia ni dah berkahwin okay dan dah ada anak pun . hehe . jadi jangan coba coba berangan nak amik dia buat husband atau menantu . kuikui . kat bawah ni gambar irfan khairi bersama isteri dan anak anak nya yang aku search dari google , hehe . * ayat aku agak skema memandangkan aku bercerita pasal seorang yang berjaya kan , kihkih .





leave your comment here ;)

Isnin, 2 April 2012

Petua Menjaga Rambut bagi yang Bertudung



hai korang semua yang tengah dok men'google' search pasal petua nak jaga rambut untuk girls yang bertudung memang tersangat bertuahla ( ceewwahh..padahal berlambak lagi information ni kat website lain ) . haha takdelah , aku ini hanya gadis biasa yang jugak mencari petua ni . bila dah jumpa tu , aku nak share lah dengan korang semua . kepada lisa surihani terima kasih lah kerana sudi menadi model aku . haha ( dia saman aku kang mamposs .. ) . pinjam gambar ye akak . nak letak gambar sendiri nanti orang taknak baca pulakk , hiuhiu . okay la u'ols , aku harap petua aku ni dapat la membantu korang yekk .. :D



1. Cuci Rambut Setiap Hari

Jika korang sudah terbiasa mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. sebab jika korang bertudung, memang tidak sesuailah korang mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika korang suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja/sekolah/kuliah. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut korang, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun korang menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

PETUA: Cucilah rambut korang sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Lebih afdhal, cucilah rambut korang pada waktu petang, sebaik sahaja korang pulang dari kerja/sekolah/kuliah. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.


2. Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut

Pilihlah fabrik lembut untuk tudung korang. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut korang.

PETUA: Kalau korang selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul di pin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.



3. Sentiasa Merawat Rambut

Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika korang membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat dan mungkin akan botak ! oh tidak ! ( gurau jerr .. hekhek tapi tak mustahil kan ? )



4. Atasi Masalah Rambut Jika Ada

Apapun masalah rambut korang, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya . Kalau korang tidak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, korang boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk korang . Masalah rambut kadang-kadang bukan disebabkan oleh cara korang menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika korang tidak mencari penyelesaiannya.

PETUA: Jika korang sudah selesa dengan satu syampu, kekalkannya. Dapatkan maklumat yang betul dan tepat mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan setakat mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan korang mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.



5. Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri

Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja/sekolah/kuliah mahupun dari beriadah, terus buka tudung korang dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa 1/2 jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala korang benar-benar kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut korang dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau pun jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

PETUA: Sebaik-baiknya korang perlu berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja keranakorang akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik korang. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala korangbetul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.


SELAMAT MENCUBA YAA :D

Ahad, 18 Mac 2012

out takes - wani , byah , doran , zati , huda .

Friendship is like a violin , the music may stop now and then , but the strings will last forever :D . cewahh ! haha amacam pandai tak aku berpuisi ? haha . tapi bukan tu yang aku nak story . ni haa , nak tunjukkan hasil keboringan kami dan dslr canon wani yang menjadi mangsa . muahaha kejam dak kami ? amenda la aku merepek kerepek ni . apa - apa pon selamat meng-usya :)






atas ni gambar aku dengan byah 

 from left huda , wani dorantes , izzati , byah , aku ( gambar ni special sikit sebab ada abe tolong snap kan . auww :D )

shoot yang terakhir . from left wani dorantes , aku , huda, izzati .